Sunday, 22 May 2016

Cara-cara Memohon Jawatan RA di Institusi Tempatan (Malaysia)

Tak lama lagi ramai antara korang yang bakal graduate atau pun yang dah graduate pun tapi still lagi blur tak pasti apa plan lepas Degree (atau Master) ni. Buat yang dah ada Degree mungkin terfikir nak terus sambung Master/Phd ke atau yang dah ada Master nak sambung Phd, ada juga yang nak kerja, nak kahwin atau nak rehat dulu chill penat dah belajar tak nak buat apa-apa. Masing-masing punya plan tapi dalam banyak-banyak tu, mesti korang pernah dengar ada yang nak apply jadi RA kan?
phd072011s-4e6f64b-intro
Pic source
Kalau korang minat bidang research, mungkin korang boleh consider RA ni sebagai salah satu daripada route untuk jadi researcher yang sejati..haha. 
Jadi tulisan aku hari ni, aku nak share serba sikit info cara nak mohon jawatan Pembantu Penyelidik atau Research Assistant (RA) dekat research institutes dalam MalaysiaAntara points yang aku akan cover ialah;

1) Apa tu RA? In brief. Skop kerjaya, Gaji etc.2) Manfaatnya menjadi seorang RA.
3) Siapa yang layak memohon?
4) Cara-cara memohon jawatan RA?
5) Antara institusi-institusi yang menawarkan jawatan RA
6) Plan seterusnya selepas menjadi RA?

Skop jawatan RA yang akan aku share ni lebih fokus pada students Sains Hayat (contoh; Biotechnology, Genetics, Biochemistry, Environmental Science etc.) memandangkan aku pun daripada background yang sama lebih memudahkan aku nak menulis. Bidang Sains Sosial pun tak silap ada jawatan RA ni, cuma aku tak berapa arif sangat. 
Okay jom kita mulakan dengan persoalan pertama.

1) Apa tu RA? In brief. Skop kerjaya, Gaji etc.

RA ni (kebiasaannya) hanya jawatan sementara atau kontrak yang ditetapkan untuk satu jangkamasa atau tempoh. Biasanya student akan jadi RA selama 3 bulan hingga 2 tahun. Tempoh masa jawatan ni bergantung pada projek, geran dan penyelia aka supervisor.
Skop kerjaya RA ni ialah membantu melaksanakan/menjalankan sesebuah research project dan kadangkala akan terlibat dalam penulisan jurnal bagi projek kajian yang dijalankan. 
(**Ada juga RA yang skop kerjanya juga termasuk sebagai PA kepada supervisor atau kerja-kerja  miscellaneous yang tak related dengan research project. Jadi untuk elakkan kes-kes macam ni make sure buat homework sikit, cuba merisik/bersembang dengan mereka yang pernah bekerja di lab tersebut sebelum betul-betul confirm apply RA untuk sesuatu projek). Faham betul-betul skop kerja tu dulu supaya tak culture shock nanti. 
Dari segi gaji, akan dikira berdasarkan hari atau jam. Contohnya; kira 1 jam RM5. Sehari kerja dari jam 8 pagi-5 petang = RM 45. Sebulan mungkin dalam RM 900. Tapi benda ni tak tetap lain tempat lain charge  gajinya. Lebih baik bertanya dulu sebelum mohon.

2) Manfaat/Benefits menjadi seorang RA.

Kalau ikut pengalaman aku, (setahun jadi RA) memang banyak yang aku belajar. Dari segi lab management, prosedur/teknik experiment. Macam aku dulu, FYP (final year project) banyak buat stem cell work sahaja. Jadi bila dah jadi RA ni aku dapat peluang pasal genomic pulak. PCR, qPCR, microarray analysis etc. Kemudian aku berpeluang menulis  proposal/jurnal. Selain tu, aku dapat experience sendiri macam mana working environment/relationship supervisor dengan student. Senang kata, jadi RA ni korang akan exposed dengan dunia penyelidikan yang sebenar. Semua ups and downs bila nak sambung postgrad studies nanti.

3) Siapa yang layak memohon? 

Kalau RA dalam bidang research ni mestilah kena ada science atau biology related Degrees ada juga yang nak minimum SPM sahaja. Pengalaman biasanya dia tak pentingkan sangat. Tapi kalau masa FYP dulu ada pengalaman buat PCR, gel electrophoresis, cell culture, senang kata bench lab worksitu boleh dikira plus points. Masa interview  tu nanti, boleh la highlight skil-skil ni dalam resume. Pointer minimum untuk apply RA, biasanya 2.5 above

4) Cara-cara memohon jawatan RA?

  1. Google institusi yang berkaitan atau rujuk papan kenyataan fakulti bagi iklan jawatan kosong RA
  2. Hantar resume dan cover letter (dalam surat tu mention nak mohon jawatan RA) ATAU
  3. Sekiranya bakal supervisor tu korang kenal personally, better jumpa personally tanya kalau-kalau ada geran atau projek yang perlukan RA.
(**Satu lagi make sure projek yang dimohon tu kena dengan minat sendiri. Baru semangat nak kerja :))

5) Antara institusi-institusi yang menawarkan jawatan RA

Antara institusi yang menawarkan jawatan RA ialah:
- Universiti awam tempatan; UTM, USM, UKM, UPM, UTHM etc. (buka website uni dan refer fakulti yang berkaitan). UM (RA  Recruitment System)
- Universiti swasta e.g: Nottingham University
- Institute of Medical Research (IMR)
- UKM Medical Molecular Research Institute (UMBI)
- SELFUEL
- Institut of System Biology (INBIOSIS)
- Malaysia Genome Institute (MGI)
- Malaysian Agricultural and Development Institute (MARDI)

6) Plan seterusnya selepas menjadi RA

Mungkin boleh proceed sambung Master/Phd, dekat institusi/fakulti yang sama atau kalau tak berapa minat nak sambung study boleh mohon jawatan kerajaan e.g; Pegawai Sains C41 atau Pegawai Penyelidik Q41 di SPA, PPUKM, UKM, UM, IMR etc.
Kalau ada yang aku tertinggal atau ada info-info baru yang patut ditambah boleh tinggalkan comment dibawah. Okay cukup tulisan aku untuk hari ni. Jumpa lagi.

3 comments:

Amirul Faez said...

Saya fresh grad daripada UM, jurusan genetik dan biologi molekul. Nak tanya tahu tak dekat website mane lagi nak search for RA vacancy?

publictaiko said...

Boleh cuba apply dekat UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI). Ada available RA vacancy at the moment. Refer iklan dekat website UMBI. All the best !

din said...

saya sedang mencari partime RA untuk research PHD urban economic UKM. berminat hubungi saya 0192550333