Goal? Yea..goal. Matlamat.
Sepanjang 24 tahun aku diberi kehidupan, aku mula terfikir selama tempoh ini, apa yang dah aku buat? Apa yang dah aku capai? Dah sumbang? Berapa banyak kehidupan manusia yang berjaya aku ubah? Apa manfaat yang dah aku beri?
Jawapannya, tak ada. Mungkin aku bunyinya macam underestimate diri sendiri. Tapi ini hakikat aku kena hadam. Jom aku recap sejarah sendiri; okay mula-mula sekali SPM, selepas tu masuk Matriks kemudian sambung Degree, habis Degree sekarang aku tengah buat Master. Titik.
Aku ni kiranya mengikuti plan sistem pendidikan ni dengan sebaik-baiknya. Kalau kau perasan, sekarang anak-anak lain yang sebaya dengan aku kebanyakkannya lebih excel. Punya buku karangan sendiri, jadi internet sensation, punya bisnes sendiri, macam-macam. Senang kata semunya dah jadi somebody. Dah mampu jadi agen pengerak. Tak perlu ada Master pun. Aku yang tengah study ni lagi lah patutnya forward daripada diorang.
Semua benda buat aku terfikir..sebenarnya apa function aku belajar rajin-rajin sangat ni?
.
Untuk kebanggaan? Hmm tak ada apa yang nak dibanggakan. Hanya boleh dibanggakan atas kertas saja.
Untuk dapat kerja yang bagus-bagus? Tahukan sekarang ni dah ada Master pun masih boleh mengganggur. Tambah-tambah bidang sains penyelidikan macam aku ni. Tak berapa banyak peluangnya kalau nak kerja dalam bidang yang berkait research. Kalau yang ada mungkin bidang berkaitan sales untuk intrumen/barang-barang research. Susah-susah sangat cari kerja, sambung Phd pula. Habis tu bila-nya nak pegang duit sendiri.
Untuk menyumbang pada masyarakat? Yea mungkin. Kalau findings research yang aku buat tu mampu menggegarkan dunia penyelidikan. Tapi berapa percent probability-nya?
Untuk jadi pendidik/academician? Yea..mungkin ini pilihan terbaik kalau kamu memang ada passion untuk mengajar/mendidik. Kalau tak macam aku ni mungkin buat naya saja pada bakal student nanti.
Jadi, sekali lagi aku tanya, kenapa aku sibuk-sibuk nak belajar rajin-rajin ni?
Hmm..aku buat Master ni sebab aku minat buat research. Bila buat kerja atas alasan minat ni kadang-kadang kau mula neglet keperluan diri. Macam contoh duit gaji. Jadi student full time ni mana la masyuk. Mengharapkan duit elaun semata-mata. Kalau ada buat side-income, mungkin boleh tambah sikit-sikit. Aku bersyukur sebab tinggal dengan family, jadi belanja sewa, makan minum aku boleh letak tepi. Duit tu aku boleh fokus untuk bayar PTPTN, keperluan sendiri, parents/family dengan savings. Tapi agak-agaknya cukup ke aku nak beli rumah sebelum umur capai 30? Cukup ke nak hantar parents pergi haji? Belum masuk belanja kalau nak kahwin nanti.
.
Apa yang aku nak tekan kan dekat sini, tak kisah la umur kau berapa pun it's never too late untuk menyumbang/ buat sesuatu dengan kehidupan kau. Cuba cari jalan. Kita sekarang dah ada internet google je idea-idea kau. Mesti ada cara nak jadikan dia realiti. Ini self-note untuk aku sendiri.
Kemudian, kalau nak sambung study bagus. Tapi kau juga kena bersedia dengan komitmen yang kau kena hadap nanti. Macam kes aku, memang daripada Degree lagi aku plan nak sambung Master. Tambah-tambah lagi course berkaitan molecular science macam aku ni. Lagi la digalakkan menyambung. Lepas grad dulu ada juga aku cari kerja. Tapi tak banyak dan tak sesuai dengan jiwa aku. So, aku terus proceed study.
.
.
Jarang nak tersedar macam ni. Tapi kesedaran tu dah dikira sebagai satu langkah pertama untuk berubah.
Cukuplah untuk hari ni. Nanti aku tulis lagi.
No comments:
Post a Comment