Monday, 23 May 2016

Novel Review: Zahrah de Tigris (Khairyn Othman)

IMG_7401

Novel: Zahrah de Tigris 

Penulis: Khairyn Othman

Penerbit: Jemari Seni 

(Klik disini untuk sinopsis dan cara pembelian)
Selesai baca Zahrah de Tigris. Bercampur baur perasaan. Sedih, gembira. Aku ingat lagi pertama kali membaca karya ini, masa tu aku masih Form 4. Hanya baca sepintas lalu dan pum! terus tertarik. 
Aku ni memang suka novel-novel yang setting-nya di luar negara. Kalau ada juga diselit unsur-unsur perbezaan agama dan travelog lagi aku suka. Aku mula minat jalan cerita yang macam ni sejak aku baca cerpen 'Aku, Kris dan Kristal'. Siapa ingat lagi cerpen ni? Kita pernah belajar dalam Antologi Cerpen Sehijau Warna Daun masa sekolah dulu. Tak silap sambungan cerpen 'Aku, Kris dan Kristal' ni ada tersiar dalam Majalah Siswa, aku lupa keluaran berapa. Sampai sekarang aku masih mencari-cari lagi majalah tu. Teringin nak baca sekali lagi..haha.
Okay kita balik semula ke novel ni, benda pertama sekali yang aku tertarik ialah watak utama novel ni, Patrick Devereux dan Khairunnisa/Nisa. Aku enjoy baca hujah/pandangan diorang terhadap Islam. Secara tak langsung aku sendiri pun boleh belajar sama jawapan-jawapan logik yang diorang kongsi. Lagi satu, aku suka dengan konsep idea novel ni. Banyak informasi tentang peperangan di negara Arab yang dapat aku kutip. Aku ni kurang mengikuti hal ehwal antarabangsa ni lagi-lagi yang melibatkan perang, jadi secara langsung aku akan ambil mudah tentang isu-isu kemanusiaan ni. Aku tahu Bush dan tentera Amerika ni memang banyak buat onar di tanah Arab. Cuma aku masih kabur lagi tentang perjuangan rakyat Iraq dalam menentang pemerintahan Saddam Hussein dan kenapa kecoh betul dulu bila orang menemukan Saddam hinggalah saat beliau dihukum gantung.
Tapi, lepas aku baca novel ni mata aku mula terbuka. Baru aku sedar pahit jerih penduduk Iraq. Makin meluap-luap rasa benci aku pada tentera-tentera Amerika. Rupanya ada juga manusia yang berhati batu atau mungkin kekejaman diorang ni punca daripada informasi-informasi tak tepat tentang Islam yang selama ni disogok pada diorang
Satu lagi hal yang aku suka pasal novel ni ialah, lokasi kedua Nisa ditugaskan sebagai sukarelawan, iaitu Acheh. Aku suka Acheh. Lagi-lagi bila aku dapat tahu yang keluarga sebelah ibu aku juga berasal dari Acheh. Sampai sekarang kalau aku balik kampung, diorang masih lagi  bersembang guna bahasa Aceh. Tapi aku sendiri pun tak tahu bahasa Aceh ni. Mungkin kalau dulu ibu aku terus tinggal di kampung, ya mungkin aku sekarang dah pandai berbahasa Aceh..haha
Okay last but not least, aku rasa novel ni salah satu daripada novel kegemaran aku. Tahniah pada Khairyn Othman sebab berjaya hasilkan karya yang bagus :)
Cukup tulisan hari ni. Nanti aku tulis lagi.

No comments: