Monday, 23 May 2016

Novel Review: Zahrah de Tigris (Khairyn Othman)

IMG_7401

Novel: Zahrah de Tigris 

Penulis: Khairyn Othman

Penerbit: Jemari Seni 

(Klik disini untuk sinopsis dan cara pembelian)
Selesai baca Zahrah de Tigris. Bercampur baur perasaan. Sedih, gembira. Aku ingat lagi pertama kali membaca karya ini, masa tu aku masih Form 4. Hanya baca sepintas lalu dan pum! terus tertarik. 
Aku ni memang suka novel-novel yang setting-nya di luar negara. Kalau ada juga diselit unsur-unsur perbezaan agama dan travelog lagi aku suka. Aku mula minat jalan cerita yang macam ni sejak aku baca cerpen 'Aku, Kris dan Kristal'. Siapa ingat lagi cerpen ni? Kita pernah belajar dalam Antologi Cerpen Sehijau Warna Daun masa sekolah dulu. Tak silap sambungan cerpen 'Aku, Kris dan Kristal' ni ada tersiar dalam Majalah Siswa, aku lupa keluaran berapa. Sampai sekarang aku masih mencari-cari lagi majalah tu. Teringin nak baca sekali lagi..haha.
Okay kita balik semula ke novel ni, benda pertama sekali yang aku tertarik ialah watak utama novel ni, Patrick Devereux dan Khairunnisa/Nisa. Aku enjoy baca hujah/pandangan diorang terhadap Islam. Secara tak langsung aku sendiri pun boleh belajar sama jawapan-jawapan logik yang diorang kongsi. Lagi satu, aku suka dengan konsep idea novel ni. Banyak informasi tentang peperangan di negara Arab yang dapat aku kutip. Aku ni kurang mengikuti hal ehwal antarabangsa ni lagi-lagi yang melibatkan perang, jadi secara langsung aku akan ambil mudah tentang isu-isu kemanusiaan ni. Aku tahu Bush dan tentera Amerika ni memang banyak buat onar di tanah Arab. Cuma aku masih kabur lagi tentang perjuangan rakyat Iraq dalam menentang pemerintahan Saddam Hussein dan kenapa kecoh betul dulu bila orang menemukan Saddam hinggalah saat beliau dihukum gantung.
Tapi, lepas aku baca novel ni mata aku mula terbuka. Baru aku sedar pahit jerih penduduk Iraq. Makin meluap-luap rasa benci aku pada tentera-tentera Amerika. Rupanya ada juga manusia yang berhati batu atau mungkin kekejaman diorang ni punca daripada informasi-informasi tak tepat tentang Islam yang selama ni disogok pada diorang
Satu lagi hal yang aku suka pasal novel ni ialah, lokasi kedua Nisa ditugaskan sebagai sukarelawan, iaitu Acheh. Aku suka Acheh. Lagi-lagi bila aku dapat tahu yang keluarga sebelah ibu aku juga berasal dari Acheh. Sampai sekarang kalau aku balik kampung, diorang masih lagi  bersembang guna bahasa Aceh. Tapi aku sendiri pun tak tahu bahasa Aceh ni. Mungkin kalau dulu ibu aku terus tinggal di kampung, ya mungkin aku sekarang dah pandai berbahasa Aceh..haha
Okay last but not least, aku rasa novel ni salah satu daripada novel kegemaran aku. Tahniah pada Khairyn Othman sebab berjaya hasilkan karya yang bagus :)
Cukup tulisan hari ni. Nanti aku tulis lagi.

Sunday, 22 May 2016

Cara-cara Memohon Jawatan RA di Institusi Tempatan (Malaysia)

Tak lama lagi ramai antara korang yang bakal graduate atau pun yang dah graduate pun tapi still lagi blur tak pasti apa plan lepas Degree (atau Master) ni. Buat yang dah ada Degree mungkin terfikir nak terus sambung Master/Phd ke atau yang dah ada Master nak sambung Phd, ada juga yang nak kerja, nak kahwin atau nak rehat dulu chill penat dah belajar tak nak buat apa-apa. Masing-masing punya plan tapi dalam banyak-banyak tu, mesti korang pernah dengar ada yang nak apply jadi RA kan?
phd072011s-4e6f64b-intro
Pic source
Kalau korang minat bidang research, mungkin korang boleh consider RA ni sebagai salah satu daripada route untuk jadi researcher yang sejati..haha. 
Jadi tulisan aku hari ni, aku nak share serba sikit info cara nak mohon jawatan Pembantu Penyelidik atau Research Assistant (RA) dekat research institutes dalam MalaysiaAntara points yang aku akan cover ialah;

1) Apa tu RA? In brief. Skop kerjaya, Gaji etc.2) Manfaatnya menjadi seorang RA.
3) Siapa yang layak memohon?
4) Cara-cara memohon jawatan RA?
5) Antara institusi-institusi yang menawarkan jawatan RA
6) Plan seterusnya selepas menjadi RA?

Skop jawatan RA yang akan aku share ni lebih fokus pada students Sains Hayat (contoh; Biotechnology, Genetics, Biochemistry, Environmental Science etc.) memandangkan aku pun daripada background yang sama lebih memudahkan aku nak menulis. Bidang Sains Sosial pun tak silap ada jawatan RA ni, cuma aku tak berapa arif sangat. 
Okay jom kita mulakan dengan persoalan pertama.

1) Apa tu RA? In brief. Skop kerjaya, Gaji etc.

RA ni (kebiasaannya) hanya jawatan sementara atau kontrak yang ditetapkan untuk satu jangkamasa atau tempoh. Biasanya student akan jadi RA selama 3 bulan hingga 2 tahun. Tempoh masa jawatan ni bergantung pada projek, geran dan penyelia aka supervisor.
Skop kerjaya RA ni ialah membantu melaksanakan/menjalankan sesebuah research project dan kadangkala akan terlibat dalam penulisan jurnal bagi projek kajian yang dijalankan. 
(**Ada juga RA yang skop kerjanya juga termasuk sebagai PA kepada supervisor atau kerja-kerja  miscellaneous yang tak related dengan research project. Jadi untuk elakkan kes-kes macam ni make sure buat homework sikit, cuba merisik/bersembang dengan mereka yang pernah bekerja di lab tersebut sebelum betul-betul confirm apply RA untuk sesuatu projek). Faham betul-betul skop kerja tu dulu supaya tak culture shock nanti. 
Dari segi gaji, akan dikira berdasarkan hari atau jam. Contohnya; kira 1 jam RM5. Sehari kerja dari jam 8 pagi-5 petang = RM 45. Sebulan mungkin dalam RM 900. Tapi benda ni tak tetap lain tempat lain charge  gajinya. Lebih baik bertanya dulu sebelum mohon.

2) Manfaat/Benefits menjadi seorang RA.

Kalau ikut pengalaman aku, (setahun jadi RA) memang banyak yang aku belajar. Dari segi lab management, prosedur/teknik experiment. Macam aku dulu, FYP (final year project) banyak buat stem cell work sahaja. Jadi bila dah jadi RA ni aku dapat peluang pasal genomic pulak. PCR, qPCR, microarray analysis etc. Kemudian aku berpeluang menulis  proposal/jurnal. Selain tu, aku dapat experience sendiri macam mana working environment/relationship supervisor dengan student. Senang kata, jadi RA ni korang akan exposed dengan dunia penyelidikan yang sebenar. Semua ups and downs bila nak sambung postgrad studies nanti.

3) Siapa yang layak memohon? 

Kalau RA dalam bidang research ni mestilah kena ada science atau biology related Degrees ada juga yang nak minimum SPM sahaja. Pengalaman biasanya dia tak pentingkan sangat. Tapi kalau masa FYP dulu ada pengalaman buat PCR, gel electrophoresis, cell culture, senang kata bench lab worksitu boleh dikira plus points. Masa interview  tu nanti, boleh la highlight skil-skil ni dalam resume. Pointer minimum untuk apply RA, biasanya 2.5 above

4) Cara-cara memohon jawatan RA?

  1. Google institusi yang berkaitan atau rujuk papan kenyataan fakulti bagi iklan jawatan kosong RA
  2. Hantar resume dan cover letter (dalam surat tu mention nak mohon jawatan RA) ATAU
  3. Sekiranya bakal supervisor tu korang kenal personally, better jumpa personally tanya kalau-kalau ada geran atau projek yang perlukan RA.
(**Satu lagi make sure projek yang dimohon tu kena dengan minat sendiri. Baru semangat nak kerja :))

5) Antara institusi-institusi yang menawarkan jawatan RA

Antara institusi yang menawarkan jawatan RA ialah:
- Universiti awam tempatan; UTM, USM, UKM, UPM, UTHM etc. (buka website uni dan refer fakulti yang berkaitan). UM (RA  Recruitment System)
- Universiti swasta e.g: Nottingham University
- Institute of Medical Research (IMR)
- UKM Medical Molecular Research Institute (UMBI)
- SELFUEL
- Institut of System Biology (INBIOSIS)
- Malaysia Genome Institute (MGI)
- Malaysian Agricultural and Development Institute (MARDI)

6) Plan seterusnya selepas menjadi RA

Mungkin boleh proceed sambung Master/Phd, dekat institusi/fakulti yang sama atau kalau tak berapa minat nak sambung study boleh mohon jawatan kerajaan e.g; Pegawai Sains C41 atau Pegawai Penyelidik Q41 di SPA, PPUKM, UKM, UM, IMR etc.
Kalau ada yang aku tertinggal atau ada info-info baru yang patut ditambah boleh tinggalkan comment dibawah. Okay cukup tulisan aku untuk hari ni. Jumpa lagi.

Saturday, 21 May 2016

Goal

Goal? Yea..goal. Matlamat. 

Sepanjang 24 tahun aku diberi kehidupan, aku mula terfikir selama tempoh ini, apa yang dah aku buat? Apa yang dah aku capai? Dah sumbang? Berapa banyak kehidupan manusia yang berjaya aku ubah? Apa manfaat yang dah aku beri?

Jawapannya, tak ada. Mungkin aku bunyinya macam underestimate diri sendiri. Tapi ini hakikat aku kena hadam. Jom aku recap sejarah sendiri; okay mula-mula sekali SPM, selepas tu masuk Matriks kemudian sambung Degree, habis Degree sekarang aku tengah buat Master. Titik.
Aku ni kiranya mengikuti plan sistem pendidikan ni dengan sebaik-baiknya. Kalau kau perasan, sekarang anak-anak lain yang sebaya dengan aku kebanyakkannya lebih excel. Punya buku karangan sendiri, jadi internet sensation, punya bisnes sendiri, macam-macam. Senang kata semunya dah jadi somebody. Dah mampu jadi agen pengerak. Tak perlu ada Master pun. Aku yang tengah study ni lagi lah patutnya  forward daripada diorang. 

Semua benda buat aku terfikir..sebenarnya apa function aku belajar rajin-rajin sangat ni?
.
Untuk kebanggaan? Hmm tak ada apa yang nak dibanggakan. Hanya boleh dibanggakan atas kertas saja. 
Untuk dapat kerja yang bagus-bagus? Tahukan sekarang ni dah ada Master pun masih boleh mengganggur. Tambah-tambah bidang sains penyelidikan macam aku ni. Tak berapa banyak peluangnya kalau nak kerja dalam bidang yang berkait research. Kalau yang ada mungkin bidang berkaitan sales untuk intrumen/barang-barang research. Susah-susah sangat cari kerja, sambung Phd pula. Habis tu bila-nya nak pegang duit sendiri.
Untuk menyumbang pada masyarakat? Yea mungkin. Kalau findings research yang aku buat tu mampu menggegarkan dunia penyelidikan. Tapi berapa percent probability-nya? 
Untuk jadi pendidik/academician? Yea..mungkin ini pilihan terbaik kalau kamu memang ada passion untuk mengajar/mendidik. Kalau tak macam aku ni mungkin buat naya saja pada bakal student nanti. 
Jadi, sekali lagi aku tanya, kenapa aku sibuk-sibuk nak belajar rajin-rajin ni?
Hmm..aku buat Master ni sebab aku minat buat research. Bila buat kerja atas alasan minat ni kadang-kadang kau mula neglet keperluan diri. Macam contoh duit gaji. Jadi student full time ni mana la masyuk. Mengharapkan duit elaun semata-mata. Kalau ada buat side-income, mungkin boleh tambah sikit-sikit. Aku bersyukur sebab tinggal dengan family, jadi belanja sewa, makan minum aku boleh letak tepi. Duit tu aku boleh fokus untuk bayar PTPTN, keperluan sendiri, parents/family dengan savings. Tapi agak-agaknya cukup ke aku nak beli rumah sebelum umur capai 30? Cukup ke nak hantar parents pergi haji? Belum masuk belanja kalau nak kahwin nanti. 
.

Apa yang aku nak tekan kan dekat sini, tak kisah la umur kau berapa pun it's never too late untuk menyumbang/ buat sesuatu dengan kehidupan kau. Cuba cari jalan. Kita sekarang dah ada internet google je idea-idea kau. Mesti ada cara nak jadikan dia realiti. Ini self-note untuk aku sendiri. 
Kemudian, kalau nak sambung study bagus. Tapi kau juga kena bersedia dengan komitmen yang kau kena hadap nanti. Macam kes aku, memang daripada Degree lagi aku plan nak sambung Master. Tambah-tambah lagi course berkaitan molecular science macam aku ni. Lagi la digalakkan menyambung. Lepas grad dulu ada juga aku cari kerja. Tapi tak banyak dan tak sesuai dengan jiwa aku. So, aku terus proceed study.
.
.
Jarang nak tersedar macam ni. Tapi kesedaran tu dah dikira sebagai satu langkah pertama untuk berubah.

Cukuplah untuk hari ni. Nanti aku tulis lagi.

Salam pertama buat kamu.

Post pertama Asam Masin :) Assalamualaikum. Dah sampai masa aku menulis kembali.
Menulis atas alasan sebagai terapi diri, sebagai memori ingatan nanti dan sebagai perkongsian buat kamu pembaca setia blog ini.
Ayuh kita mulakan.